undangan.my

Polisi privasi

Dikemas kini 2 November 2026

Data yang kami simpan

Maklumat majlis yang pasangan isi (nama pengantin dan keluarga, tarikh, lokasi, akaun salam kaut, nombor orang untuk dihubungi), senarai tetamu yang pasangan masukkan (nama dan nombor WhatsApp), foto yang dimuat naik, maklumat pembayar (nama, emel, telefon), serta nama, jawapan kehadiran dan ucapan yang tetamu hantar.

Untuk apa

Data digunakan hanya untuk memaparkan jemputan, mengurus kehadiran, menghasilkan video dan lukisan, memproses bayaran dan menghubungi pasangan tentang jemputan mereka. Kami tidak menjual atau berkongsi data untuk tujuan pemasaran.

Siapa yang boleh lihat

Jemputan aktif boleh dibuka oleh sesiapa yang ada pautannya. Senarai kehadiran, nombor telefon tetamu dan foto rujukan lukisan hanya boleh dilihat oleh pemegang pautan urus dan pasukan kami untuk tujuan sokongan.

Tempoh simpanan

Foto rujukan lukisan khas dipadam 30 hari selepas lukisan diluluskan. Draf yang tidak dibayar dipadam selepas 60 hari tidak diusik. Data jemputan, termasuk senarai tetamu, jawapan kehadiran, ucapan dan foto, dipadam 30 hari selepas tempoh aktif tamat, kecuali rekod bayaran yang disimpan mengikut keperluan undang-undang.

Penyimpanan

Data disimpan dalam infrastruktur Cloudflare dan bayaran diproses oleh ToyyibPay, jadi butiran kad dan perbankan tidak pernah sampai ke sistem kami. Foto rujukan Lukisan Khas diproses oleh alat AI penjana imej pihak ketiga hanya untuk menghasilkan lukisan anda.

Hak anda

Pasangan boleh meminta salinan atau pemadaman data jemputan pada bila-bila masa dengan menghubungi kami. Tetamu boleh meminta jawapan atau ucapan mereka dibuang melalui pasangan atau terus kepada kami.