undangan.my

Polisi bayaran balik

Dikemas kini 2 November 2026

Bayaran balik penuh

Bayaran balik penuh diberi jika diminta dalam 7 hari selepas bayaran, selagi jemputan dibuka oleh tetamu kurang dari 20 kali. Pratonton oleh pasangan sendiri tidak dikira.

Lukisan Khas

Untuk pakej Lukisan Khas, bayaran balik penuh diberi selagi foto belum dihantar untuk dilukis. Selepas foto dihantar, hanya beza harga antara Lukisan Khas dan Jemputan + Video dipulangkan.

Naik taraf

Bayaran naik taraf boleh dipulangkan dalam 7 hari selagi ciri tambahan belum digunakan, contohnya video belum dihasilkan.

Cara memohon

Hubungi kami dengan pautan jemputan dan nama pembayar. Bayaran balik dibuat ke akaun bank pembayar dalam 7 hari bekerja selepas permohonan diluluskan.