undangan.my
Kad kahwin digital

Jemputan lukisan cat air yang dibuka macam sampul sebenar

Tetamu tekan cop lilin, sampul terbuka, dan seluruh lukisan cat air bergerak sambil mereka skrol sampai ke borang kehadiran.

Cuba percuma dengan nama sendiri dulu, dan bayar hanya bila dah puas hati.

6templat lukisan cat air
RM0untuk cuba dengan nama sendiri
Tanpa hadbilangan tetamu

Siap sekali duduk

  1. 01

    Pilih templat

    Enam templat lukisan cat air, dari taman mawar hingga sawah padi, semuanya direka khas untuk majlis Melayu.

  2. 02

    Isi maklumat majlis

    Nama pengantin, keluarga, tarikh, lokasi dan aturcara. Semua yang diisi disimpan secara automatik, jadi boleh sambung bila-bila masa.

  3. 03

    Tengok, bayar, kongsi

    Jemputan penuh dengan nama sendiri boleh dilihat sebelum bayar. Lepas bayar, pautan terus aktif untuk dihantar melalui WhatsApp.

Enam suasana untuk dipilih

Setiap templat ialah satu lukisan bersambung, dari sampul sampai ke penutup.

  • Sampul bercop lilin

    Tetamu tekan cop berhuruf awal nama pengantin, sampul terbuka dan jemputan bermula.

  • Nama tetamu pada sampul

    Setiap tetamu boleh dapat pautan sendiri, jadi nama mereka tertulis pada sampul bila dibuka.

  • Kehadiran dan ucapan masuk sendiri

    Jawapan kehadiran dan ucapan doa tetamu terus masuk ke halaman urus, lengkap dengan jumlah orang yang akan hadir.

  • Lokasi, kalendar dan salam kaut

    Butang Waze dan Google Maps, simpan ke kalendar telefon, serta akaun bank dan QR DuitNow untuk salam kaut.

  • Video untuk Status WhatsApp

    Jemputan + Video

    Video tegak 60 saat dari jemputan yang sama, sedia untuk Status WhatsApp dan Instagram Story.

  • Anda berdua jadi watak

    Lukisan Khas

    Hantar beberapa foto, dan watak anda berdua dihasilkan dengan bantuan AI dalam gaya cat air templat untuk scene kisah dan penutup. Setiap lukisan disemak sebelum dipaparkan.

Satu bayaran, tanpa langganan

Tetamu tanpa had dalam semua pakej. Naik taraf kemudian dengan bayar beza harga sahaja.

  • Jemputan

    Jemputan bergerak lengkap untuk dihantar melalui WhatsApp.

    RM149sekali bayar
    • Semua ciri asas
    • Aktif 3 bulan selepas majlis
    Mula dengan pakej ini
  • Lukisan Khas

    Watak anda berdua dihasilkan dari foto dengan bantuan AI, dalam gaya cat air templat, dan disemak sebelum dipaparkan.

    RM299sekali bayar
    • Semua dalam Jemputan + Video
    • Watak pengantin dari foto, dalam scene kisah dan penutup
    • Scene kisah ikut tempat pertama berjumpa
    • Video guna lukisan watak anda
    • Boleh minta ubah lukisan sehingga 2 kali
    • Aktif 12 bulan selepas majlis
    Mula dengan pakej ini

Semua pakej termasuk

  • Sampul bercop lilin yang terbuka bila ditekan
  • Nama tetamu pada sampul melalui pautan peribadi
  • Tetamu tanpa had
  • Pengesahan kehadiran dan senarai yang boleh dimuat turun
  • Ucapan dan doa tetamu
  • Akaun bank dan QR DuitNow untuk salam kaut
  • Waze, Google Maps dan simpan ke kalendar
  • Kiraan undur ke hari majlis
  • Muzik latar
  • Ubah maklumat bila-bila masa

Harga yang dipaparkan ialah jumlah penuh tanpa caj tambahan. Bayaran balik penuh dalam 7 hari selepas bayar, selagi jemputan dibuka oleh tetamu kurang dari 20 kali.

Soalan lazim

Tetamu perlu muat turun app?

Tidak. Jemputan dibuka terus dari pautan WhatsApp dalam browser telefon, sama ada Android atau iPhone.

Boleh cuba dulu sebelum bayar?

Boleh. Isi semua maklumat dan tengok jemputan penuh dengan nama sendiri secara percuma. Bayaran hanya diperlukan untuk aktifkan pautan kepada tetamu.

Kalau ada maklumat salah lepas dah hantar kepada tetamu?

Ubah sahaja di halaman urus. Pautan yang sama terus memaparkan maklumat terbaru, jadi tak perlu hantar semula.

Berapa ramai tetamu boleh dijemput?

Tiada had. Hantar kepada seberapa ramai yang perlu, semua pengesahan kehadiran masuk ke senarai yang sama.

Macam mana nak tahu siapa yang hadir?

Setiap jawapan tetamu masuk ke halaman urus dengan nama, bilangan orang dan ucapan. Senarai boleh dimuat turun untuk dibuka dalam Excel.

Bayaran guna apa?

Bayaran dibuat melalui perbankan dalam talian FPX dengan ToyyibPay, dan jemputan terus aktif sebaik sahaja bayaran berjaya.

Video jemputan tu macam mana?

Video tegak 60 saat yang dirakam dari jemputan anda sendiri, lengkap dengan nama, tarikh dan muzik. Ada versi HD untuk simpan dan versi ringan yang sesuai untuk Status WhatsApp. Video termasuk dalam pakej Jemputan + Video dan Lukisan Khas.

Lukisan Khas tu macam mana?

Watak anda berdua dihasilkan dari foto dengan bantuan AI dan disemak oleh pasukan kami. Lukisan pertama siap dalam 3 hari bekerja selepas foto dan cerita dihantar, dan boleh minta ubah sehingga 2 kali sebelum ia dipaparkan dalam jemputan.

Jemputan aktif sampai bila?

Pakej Jemputan aktif 3 bulan selepas tarikh majlis, Jemputan + Video 6 bulan, dan Lukisan Khas 12 bulan. Ucapan tetamu boleh dibaca sepanjang tempoh itu. Selepas tamat, jemputan ditutup dan datanya dipadam 30 hari kemudian. Kalau majlis ditunda, ubah tarikh di halaman urus dan tempoh aktif dikira semula ikut tarikh baru.

Majlis di rumah pengantin lelaki pun ada, perlu beli dua?

Satu jemputan untuk satu majlis resepsi, termasuk akad nikah. Untuk majlis bertandang, buat jemputan kedua dengan templat yang sama atau berbeza, dengan bayaran pakej yang berasingan.

Boleh minta bayaran balik?

Boleh, bayaran balik penuh dalam 7 hari selepas bayar selagi jemputan dibuka oleh tetamu kurang dari 20 kali. Untuk Lukisan Khas, bayaran balik penuh selagi foto belum dihantar untuk dilukis.

Jemputan yang tetamu simpan sampai hari majlis

Mula buat jemputan